Followers

Monday, June 15, 2015

Hadith Bab : Berzuhud


 وَعَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ:  جَاءَ رَجُلٌ إِلَى اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ: يَا رَسُولَ اَللَّهِ! دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا عَمِلْتُهُ أَحَبَّنِي اَللَّهُ وَأَحَبَّنِي اَلنَّاسُ. فـقَالَ: اِزْهَدْ فِي اَلدُّنْيَا يُحِبُّكَ اَللَّهُ وَازْهَدْ فِيمَا عِنْدَ اَلنَّاسِ يُحِبُّكَ اَلنَّاسُ  رَوَاهُ اِبْنُ مَاجَه وَسَنَدُهُ حَسَنٌ 

Sahal Ibnu Sa'ad r.a. berkata: "Ada seseorang menghadap Nabi s.a.w  dan berkata: Tunjukkan kepadaku suatu perbuatan yang bila aku melakukannya aku disukai Allah dan manusia. Beliau bersabda: Zuhudlah dari dunia Allah akan mencintaimu dan Zuhudlah dari apa yang dimiliki orang mereka akan mencintaimu." Riwayat Ibnu Majah dan lainnya dengan sanad hasan.




MARHABAN YA RAMADHAN


Monday, June 8, 2015

HARI TERBUKA RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL 2015
















Pada 30 MEI 2015 telah diadakan Hari Terbuka Raudhah Islamic School bagi Ujian Pertengahan Tahun. Sesi konsultasi telah diadakan bersama para penjaga untuk melihat prestasi anak masing-masing.
Borang maklumbalas ibu bapa juga turut disediakan bagi menambahbaikan mutu pihak pengurusan sekolah dan guru-guru.
Antara objektif hari terbuka diadakan adalah untuk membincangkan kemajuan anak mereka dengan lebih terperinci,disamping mengeratkan hubungan silaturahim antara ibu bapa dan guru-guru.Kerjasama diantara guru dan ibu bapa amatlah penting bagi memastikan tahap kecemerlangan pelajar berada pada tahap yang diharapkan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang hadir dan pihak sekolah yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan program hari terbuka Raudhah Islamic School 2015







Sunday, June 7, 2015

MEETING BERSAMA JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR


Selesai meeting bersama JAIS bagi menjayakan program KEM SMART SOLAT 2015 yang bakal berlangsung september ini selama tiga hari..
Kami dari warga raudhah berharap allah mempermudahkan segala urusan kami disini..

Tuesday, June 2, 2015

Program Junior Chef 2015











Program Junior chef raudhah 2015 telah berlansung selama 3 hari pada hari isnin 25/5 2015 hingga khamis 28/5/2015
antara menu desert yang di sediakan sepanjang program berlansung ialah :-
-Banana split
-Sandwish telur
-Soda bandung tiga layer
-Salad buah
-Air koktail

Disamping memupuk rasa minat para pelajar didalam penyediaan makanan program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan bekerjasama didalam sebuah kumpulan  bagi menyiapkan tugasan yang diberi..
Antara objektif lain sepanjang program para pelajar juga dilatih supaya mematuhi arahan yang diberi oleh guru masing-masing.Program in juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah diantara para pelajar dan guru..

Solat sunat dhuha




Solat sunat dhuha setiap Jumaat


Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.0
Nabi Muhammad SAW  bersabda: Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)..

Monday, June 1, 2015

Sukaneka Ar-raudhah 2015


Kemeriahan Sukaneka SRI AR - RAUDHAH.
Tahniah kepada pemenang!.
Terima kasih diucapkan kepada Ibubapa yang turut serta hadir memeriahkan dan memberi sokongan kepada anak-anak.











Sambutan Hari Guru 2015

 Sambutan Hari Guru 2015